Keberkesanan Rawatan

Semua Penyakit itu datangnya dari Allah SWT dan hanya Allah SWT sahaja yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkannya. Majoriti dari para Pesakit PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ telah berjaya mencapai kesembuhan; dengan izin, kehendak dan kuasa Allah SWT jua; atau sekurang-kurangnya ditingkatkan tahap kesihatan mereka; dengan syarat Pesakit (dan juga Perawat) mestilah sentiasa berpegang kepada prinsip Iman, Taqwa dan Istiqhomah (berterusan) dalam berusaha mencari kesembuhan. In shaa Allah.

Daripada Jabir bin Abdullah, dari Nabi SAW telah bersabda (yang bermaksud):
"Tiap-tiap PENYAKIT itu (ADA) UBATNYA. Apabila MENEPATI UBAT TERHADAP PENYAKIT tersebut, maka SEMBUHLAH DENGAN IZIN ALLAH." (HR Muslim dan Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud):
"ALLAH menurunkan PENYAKIT dan menurunkan pula UBATNYA, DIKETAHUI OLEH YANG MENGETAHUI DAN TIDAK AKAN DIKETAHUI OLEH ORANG YANG TIDAK MENGERTI." (HR Al-Bukhori dan Muslim)


Rawatan dan Terapi Al-Quran yang dilaksanakan secara optimum berperanan untuk mencapai beberapa atau kesemua tindakbalas berikut:
  1. Menyembuhkan Penyakit.
  2. Menjadi Rawatan Utama - bagi penyakit yang tidak dapat disembuhkan oleh Perubatan Moden.
  3. Menjadi Rawatan Sokongan (Penambahbaik) kepada Perubatan Moden - untuk Pesakit yang sedang menjalani Rawatan Moden di hospital.
  4. Mempercepatkan proses pemulihan sesuatu Penyakit.
  5. Meredakan kesakitan dan memberi ketenangan mental, rohani, hati dan jiwa Pesakit - melalui pembacaan ayatul Quran yang tartil dan jelas.
  6. Menjadi Terapi berterusan bagi orang yang sakit juga sangat baik untuk orang yang sihat, kerana ianya 100% selamat dan tiada kesan yang memudaratkan.
  7. Memberi semangat kepada Pesakit untuk meneruskan kehidupan dan tidak berputus asa di dalam mencari kesembuhan. In shaa Allah.

Kadar Sumbangan

Kadar Sumbangan yang ditetapkan untuk setiap Perkhidmatan Rawatan di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan pengalaman, ilmu, kepakaran, tenaga, masa, kualiti perkhidmatan dan risiko (jangkitan penyakit dan gangguan jin dan syaiton) ke atas Perawat; serta kemudahan dan peralatan yang disediakan untuk para Pesakit. 

Bagi memohon keberkatan dan keredhoan dari Allah SWT ke atas diri anda (Pesakit) dan PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™; sebaik-baiknya, segala bayaran haruslah diniatkan sebagai Tabarru' (Sumbangan Ikhlas) untuk membantu PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ terus berjihad di jalan Allah (beroperasi) setiap hari bagi merawat Pesakit-pesakit lain; menentang kejahatan dan kezaliman manusia durjana, jin, syaiton dan iblis laknatullah; serta berdakwah dan menyebarkan Syiar Islam melalui Rawatan dan Terapi Al-Quran yang dipraktikkan setiap hari.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda benar-benar menghadapi masalah kewangan; sila maklumkan dengan jelas kepada Perawat semasa Sesi Kaunseling sebelum rawatan dijalankan. Dalam kebanyakan kes, potongan Kadar Sumbangan boleh diberikan sehingga maksima 50% ATAU mengikut kemampuan anda; sekiranya anda dari golongan fakir miskin, ibu tunggal yang tiada berpendapatan tetap atau anak yatim (berumur 18 tahun ke bawah).

Untuk makluman semua, setakat hari ini, PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ sangat memerlukan dana sehingga RM250,000 untuk menambahbaik infra-struktur, melatih lebih ramai Perawat Islam serta untuk mengembangkan operasinya. Sekiranya ada mana-mana pihak yang sudi membantu, bolehlah berjumpa dengan Pengasas PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ untuk perbincangan selanjutnya.

Sesungguhnya segala sumbangan yang anda berikan adalah tidak ternilai bagi PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ dan sangatlah dihargai. Semoga Allah SWT membalasnya dengan ganjaran yang terbaik di dunia dan di akhirat hendaknya. Amiin ya robbal 'alamiin. In shaa Allah.

Piagam Pelanggan


Keutamaan Pelanggan
Pelanggan adalah keutamaan kami. Setiap pertimbangan dan keputusan yang dibuat adalah demi kebaikan dan faedah kepada Pelanggan.

Kecemerlangan Perkhidmatan
Hubungan dengan setiap Pelanggan adalah amat penting kepada kami. Kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik serta berkualiti; yang berorientasikan pencapaian, keberkesanan dan kesesuaian pada setiap masa.

Profesionalisma
Kami memberikan perkhidmatan secara profesional merangkumi cara berkomunikasi, ilmu pengetahuan, kemahiran, pertimbangan, emosi dan nilai kemanusiaan demi kepentingan Pelanggan.

Inovasi
Kami menggunakan inisiatif terbaik untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan kami seiring dengan perkembangan tamadun manusia dan teknologi terkini bagi memastikan ketinggian kualiti, jaminan dan keselamatan kepada Pelanggan.

9 Etika Perawat Islam


Ilmu dan Ijazah
Mencari serta menerima sebarang ilmu dan Ijazah hanya daripada Guru golongan manusia secara jelas, sohih dan nyata.

Syariat Islam dan Hukum Syarak
Berdakwah dan berjihad di jalan Allah SWT serta menjalani kehidupan duniawi berlandaskan Syariat Islam dan Hukum Syarak sepenuhnya.

Mendoakan Orang Lain
Bersedia mendoakan orang lain dengan doa yang baik; tanpa diketahui olehnya.

Tidak Mengkritik
Tidak mengkritik; malahan menghormati nilai, sikap, pengetahuan dan kemahiran Perawat lain, rakan sekerja dan Kakitangan.

Tidak Bongkak
Tidak bersifat bongkak, riak dan takbur sebagai seorang Perawat. Hendaklah mengikut resam padi; semakin tunduk, semakin berisi.

Perkhidmatan Terbaik
Sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik mengikut had pengetahuan dan kemampuan sebenar diri.

Maklumat Sulit Pesakit
Sentiasa melindungi maruah serta menyimpan segala rahsia dan maklumat sulit Pesakit.

Punca Penyakit
Mengelakkan dari mengatakan punca penyakit disebabkan oleh ‘buatan orang’, ‘sihir’ atau ‘saka’ tanpa kehadiran simptom-simptom yang benar-benar sohih dan jelas.

Iman, Taqwa dan Istiqhomah
Memberikan semangat dan dorongan kepada Pesakit untuk terus berdoa kepada Allah SWT dengan Iman, Taqwa dan Istiqhomah (berterusan).

Mengenai Kami

Visi

Menjadi sebuah organisasi yang terunggul di dalam bidang Rawatan dan Terapi Al-Quran di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Misi

  • Membangunkan rangkaian Produk dan Perkhidmatan yang berprestij sejajar dengan kesucian, kedaulatan dan keagungan Islam . 
  • Mewujudkan peluang dan ikhtiar mencari kesembuhan yang bersumberkan Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qias yang sohih. 
  • Menyebarkan dakwah Islamiah melalui amalan rawatan yang berlandaskan Syariat Islam dan Hukum Syarak. 

Latarbelakang 

PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ dimiliki sepenuhnya oleh INDERA HOLDINGS SDN BHD (1167238-A); telah ditubuhkan pada 1 Februari 2011 oleh Pengasasnya iaitu Cikgu Indera Saifullah Tahir. Terkini, Jemaah Perawat PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ dibarisi oleh Mu'alij Haji Zain Misbah (Perawat Kanan), Ustaz Shakir Aqmal Dato' M. Amini (Perawat), Ustaz Nurthalis Sulaiman (Perawat) dan Mu'alij Abdul Malik (Perawat); serta turut dibantu oleh Sdr Hussaini Burujerdi dan Sdr Muhammad Naim.

Sejak penubuhannya, PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ menyediakan perkhidmatan Rawatan dan Terapi Al-Quran bagi merawat berbagai jenis Penyakit dan Masalah. Sehingga hari ini, PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ telah berjaya memberikan perkhidmatan kepada lebih dari 5000 orang Pesakit; yang datangnya dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta dari luar negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, Oman, Qatar, Bahrain dan banyak lagi. Alhamdulillah.

Tidak ada yang pelik, aneh atau mistiknya di dalam mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran serta Sunnah Nabi SAW sebagai ikhtiar mencari kesembuhan. Sesiapa sahaja boleh melakukannya. Namun, untuk mencapai kemujaraban; yang penting adalah sejauh manakah hubungan seseorang Pesakit dan Perawat itu dengan Tuhan Maha Pencipta, Allah SWT. Sudah pastinya perlu ada Iman, Taqwa dan Istiqhomah; serta penyerahan diri bulat-bulat sepenuhnya kepada Allah Tuhan Sekelian Alam. In shaa Allah.

Tidak dapat dinafikan bahawa Perubatan Allopati (Perubatan Moden) merupakan suatu pilihan utama masyarakat sebagai ikhtiar penyembuhan penyakit. Perubatan Allopati banyak bergantung kepada ubat-ubatan berasaskan dadah dan bahan kimia, teknologi pengesanan dan pembedahan yang serba canggih. Namun demikian, terdapat banyak jenis penyakit dan masalah yang masih belum dapat disembuhkan oleh Perubatan Allopati.

Rawatan dan Terapi Al-Quran yang diusahakan oleh PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ bukanlah bermaksud untuk mengambil alih tugas para Doktor di luar sana. Kehadiran PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ adalah sebagai PENYAMBUNG IKHTIAR agar anda tidak berputus asa di dalam mencari kesembuhan.

Sejak penubuhannya, berbagai ikhtiar dan usaha telah dijalankan agar PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ dapat terus berkembang, seiring dengan evolusi teknologi manusia; berjuang, berinovasi dan mencipta pembaharuan - demi memertabatkan dan mengangkat kedudukan Pengubatan Islam agar tidak dipandang sebagai produk murahan, rendah, hina dan serong oleh masyarakat.

Sejak dahulukala lagi, memang sangat banyak terdapat penipuan dan manipulasi oleh golongan munafik dalam bidang Pengubatan Islam. Banyak terdapat penyamar yang mengaku dirinya adalah seorang Perawat Islam dan tanpa belas-kasihan telah memperdayakan dan mengaut keuntungan wang ringgit dari orang ramai, terutamanya orang Islam sendiri.

Begitu juga dengan ancaman dan kejahatan dari pengamal sihir dan ilmu hitam, dukun, bomoh dan pawang; yang selama ini telah menyebabkan kesakitan, kemusnahan hidup sehingga kepada kematian yang kejam; serta telah menghancurkan aqidah umat Islam. Na'uzubillahi min zalik. 

Inilah antara cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ di dalam menentang kejahatan dan kezaliman manusia durjana, jin, syaiton dan iblis laknatullah serta memperjuangkan kebenaran yang berlandaskan ajaran Islam, ilmu pengetahuan dan pengalaman - melalui Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah; yang seterusnya telah dipertingkatkan menjadi Rawatan dan Terapi Al-Quran. Sekiranya terus dikurniakan hikmah, hidayah dan kekuatan oleh Allah SWT, maka sudah pastinya PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ akan dapat memberikan manfaat kesihatan dan kesejahteraan hidup yang tidak terhingga kepada seluruh masyarakat, samada yang beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam.

Pada hakikatnya, Pengubatan Islam ini adalah satu bidang yang sangat luas untuk diterokai dan dikuasai, sejajar dengan betapa luas dan hebatnya Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias itu sendiri - yang menjadi sumber panduan utama dan prinsip kepada PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™. Janganlah kita berfikiran cetek dengan berpegang bahawasanya hanya Ruqyah Syar'iyah itu sahaja dianggap sebagai Pengubatan Islam. Sesungguhnya ketahuilah bahawa Pengubatan Islam itu adalah tidak terbatas akan halnya; dengan syarat sesuatu kaedah atau teknik pengubatan yang digunakan itu tidak bertentangan dengan prinsip ajaran Islam iaitu Aqidah, Syar'iyah, Ibadah dan Akhlak.

Perlu diketahui bahawa Pengubatan Islam yang dipraktikkan oleh PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ ini bukanlah semata-mata untuk merawat Penyakit gangguan jin dan syaiton; namun sebenarnya adalah lebih dari itu. Rawatan dan Terapi Al-Quran sebenarnya boleh dijadikan sebagai Rawatan Sokongan kepada Perubatan Moden yang dilaksanakan di Hospital dan Klinik. Terdapat banyak jenis penyakit yang dapat diredakan atau dipercepatkan proses penyembuhannya atau disembuhkan sepenuhnya melalui kategori Rawatan Am yang dipraktikkan di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™. Penyakit-penyakit fizikal (bukan semua), minda, rohani, hati dan jiwa; dapat 'dijinakkan' sekiranya Pesakit diberi peluang menjalani Rawatan dan Terapi Al-Quran, secara terus menerus (istiqhomah). In shaa Allah.

Cumanya buat masa ini, akan hal ini tidaklah dapat diperbesarkan dan dikomersilkan kerana industri Perubatan Moden di seluruh dunia, yang bernilai trillion US Dollar ini; adalah dipengaruhi, dikuasai, dimonopoli dan dipolitikkan oleh orang bukan Islam; yang pastinya tidak akan mengakui kehebatan dan kebenaran Al-Quran Nur Karim sehingga ke akhir zaman. Wallahua'lam.

"Demi Kesucian, Kedaulatan dan Keagungan Islam"

“Patutkah manusia MENYANGKA BAHAWA MEREKA AKAN DIBIARKAN DENGAN HANYA BERKATA: "KAMI BERIMAN", SEDANG MEREKA TIDAK DIUJI (DENGAN SESUATU CUBAAN)? Dan demi sesungguhnya! KAMI TELAH MENGUJI ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA MEREKA, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang DIKETAHUI ALLAH TENTANG ORANG-ORANG YANG SEBENAR-BENARNYA BERIMAN, DAN NYATA PULA APA YANG DIKETAHUI-NYA TENTANG ORANG-ORANG YANG BERDUSTA.” (Al-Ankabut: 1-3)

Senarai Penyakit dan Masalah Yang Dirawat

  • Gangguan Jin / Hantu
  • Gangguan Di Rumah / Kedai / Pejabat
  • Masalah Rumahtangga / Sering Bergaduh / Pasangan Curang / Gangguan Orang Ketiga 
  • Terkena Sihir / Ilmu Hitam 
  • Santau 
  • Busung 
  • Sawan 
  • Badi 
  • Kenan
  • Gangguan Saka / Ilmu Keturunan 
  • Gangguan Tidur / Mimpi Menakutkan
  • Buang Susuk 
  • Gila Isim / Salah Menuntut 
  • Histeria / Kerasukan 
  • Panas Baran 
  • Hilang Selera Makan 
  • Belakang Badan Berat 
  • Banyak Angin / Sendawa Berlebihan
  • Kemurungan / Tekanan Perasaan / Stress 
  • Fikiran Tumpul / Tidak Tenang 
  • Sakit Rindu / Gila Bayang 
  • Hilang Semangat / Darah Gemuruh 
  • Malas Melampau 
  • Masalah Bakal Pengantin 
  • Masalah Jodoh
  • Masalah Anak Degil / Liar 
  • Ketagihan Dadah / Arak 
  • Demam Berterusan 
  • Migraine / Sakit Kepala 
  • Sakit Pinggang 
  • Sakit Tulang Belikat 
  • Sengal / Bisa Dalam Badan
  • Sakit Dada / Sesak Nafas 
  • Sakit Perut 
  • HIV 
  • Kanser 
  • Ketumbuhan 
  • Lemah Tenaga Syahwat / Mati Pucuk 
  • Sukar Mendapat Zuriat / Kerap Keguguran 
  • Darah Haid Tidak Menentu

RAWATAN AM

Prosedur Rawatan As-Syifa'
Prosedur Rawatan Ar-Rohman
“Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari AL-QURAN ayat-ayat suci yang menjadi UBAT PENAWAR dan RAHMAT bagi ORANG YANG BERIMAN kepadanya.” 
(Al-Isro’: 82)

Alamilah proses Rawatan Am bagi menyembuhkan segala penyakit yang berkaitan minda, badan, rohani, hati dan jiwa. Rawatan terbaik untuk semua peringkat umur. Rawatan eksklusif dan sistematik melalui Penyembuhan Tenaga (Energy Healing) yang digabungkan dengan Ruqyah Syar'iyah, Zikirullah, Doa-doa Mustajab serta berbagai jenis terapi seperti Terapi Mandian, Terapi Aroma, Terapi Audio, tempat rawatan yang kondusif dan segala kemudahan. Terdapat 3 Prosedur Rawatan mengikut tahap Penyakit; yang telah terbukti berkesan sebagai ikhtiar untuk mencapai kesembuhan.

Prosedur Rawatan
  • Prosedur Rawatan Ar-Rohman Premium
  • Prosedur Rawatan 3 x Ar-Rohman
  • Prosedur Rawatan Ar-Rohman
  • Prosedur Rawatan As-Salam Premium
  • Prosedur Rawatan 3 x As-Salam
  • Prosedur Rawatan As-Salam
  • Prosedur Rawatan As-Syifa'
Perhatian: Segala maklumat Pesakit dianggap SULIT dan RAHSIA, kecuali kepada Perawat sahaja.

Anda perlukan nasihat lanjut? Hubungi Kami atau buat Pertanyaan Rawatan

RAWATAN SOLAT HAJAT

Ar-Raudhah / Al-Bariq
Bacaan Doa-doa Mustajab
"Wahai sekalian ORANG-ORANG YANG BERIMAN! Mintalah PERTOLONGAN dengan BERSABAR dan dengan (mengerjakan) SOLAT; kerana sesungguhnya ALLAH MENYERTAI (menolong) ORANG-ORANG YANG SABAR."
(Al-Baqoroh: 153)

Sesungguhnya tidak ada batasan atau lingkungan had bagi kuasa Allah Yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkan sebarang penyakit atau menyelesaikan sebarang masalah. Solat Hajat dan Doa dari orang yang beriman dan beramal soleh serta berterusan pastinya akan memberi sinar kepada kegelapan yang anda alami. Rawatan Solat Hajat (atau juga dikenali sebagai Rawatan Jarak Jauh) yang kami praktikkan adalah dengan menggabungkan beberapa ibadah seperti Solat Hajat, Ruqyah Syar'iyah, Zikirullah dan Doa-doa Mustajab. Solat Hajat, Doa-doa Mustajab dan Jamuan Makan juga boleh ditempah untuk dilaksanakan di Masjid. Segalanya adalah bertujuan untuk memohon pertolongan dan keredhoan Allah SWT agar apa jua Penyakit atau Masalah akan segera mencapai kesembuhan. In shaa Allah.

Adapun segala ibadah tidaklah boleh dijual-beli. Adalah terbaik dan lebih afdhol sekiranya Pesakit atau waris Pesakit sendiri yang dapat melakukan Solat Hajat, berzikir dan berdoa dengan penuh keimanan, ketaqwaan dan secara istiqhomah (berterusan).

Namun, sebagai hamba Allah yang sentiasa serba kekurangan dari segala sudut, kadangkala kita perlu mendapatkan bantuan dari orang lain yang lebih berkeupayaan, mahir dan mengetahui selok belok tentang sesuatu perkara itu. Terdapat beberapa ibadah lain seperti Ibadah Korban, Aqiqah serta Umrah dan Haji (untuk orang yang sedang uzur atau telah kembali ke rohmatullah) yang boleh kita wakilkan kepada orang yang lebih arif daripada kita. Kita juga mungkin menjemput Imam dan jemaah Masjid atau Surau untuk mengadakan Solat Hajat, Tahlil, Doa Selamat atau Doa Arwah di rumah kita. Perbelanjaan dan segala kos harus kita tanggung dan menyerahkannya kepada pihak berkenaan bagi melaksanakan ibadah-badah tersebut. Mengapa tidak kita melakukannya sendiri?

"Katakanlah: Sekali-kali TIDAK AKAN MENIMPA kami melainkan apa yang telah DITETAPKAN OLEH ALLAH bagi kami. DIALAH PELINDUNG KAMI, dan HANYALAH KEPADA ALLAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN HARUS BERTAWAKAL." (At-Tauba: 51)

Apa yang penting, janganlah kita sesekali terlibat dengan perkara-perkara yang mungkar lagi keji seperti mendapatkan bantuan secara berdepan atau jarak jauh dari bomoh, dukun, pawang atau individu yang menyamar menjadi Perawat Islam atau yang tersesat tanpa disedari; yang menggunakan khidmat jin (yang memang boleh melakukan perkara-perkara yang pelik, ajaib dan mustahil pada pandangan manusia).

Pendekatan Rawatan

A) Premium I / Lima (5) x Ar-Raudhah
B) Premium II / Tiga (3) x Ar-Raudhah
C) Ar-Raudhah
D) Al-Imdad
Perhatian: Segala maklumat Pesakit dianggap SULIT dan RAHSIA, kecuali kepada Perawat sahaja.

RAWATAN RUMAH & PREMIS PERNIAGAAN

Rawatan di Premis Perniagaan: Sesi Doa-doa Mustajab
"Dan jika Syaiton menganggumu dengan suatu gangguan, maka MOHONLAH PERLINDUNGAN KEPADA ALLAH. Sesungguhnya Dia-lah Yang MAHA MENDENGAR lagi MAHA MENGETAHUI." 
(Fussilat: 36)

Ada gangguan di rumah anda? Perniagaan semakin merosot? Sering berasa seram? Rasa diperhatikan bila berseorangan? Ternampak kelibat atau bayangan? Barang kerap hilang? Isirumah atau kakitangan selalu sakit? Sering berlaku pertelingkahan dalam rumah atau premis perniagaan anda? Kini penyelesaiannya sudah tiba. Masa untuk mengubah segalanya agar keadaan menjadi lebih selesa, tenang dan harmoni. Rawatan berjemaah di rumah atau premis perniagaan anda untuk menghapuskan segala bentuk gangguan jin, syaiton, sihir, ilmu hitam, saka, lintasan dan cas-cas negatif yang membawa kepada kesedihan, kesakitan, kemarahan dan kemerosotan produktiviti.

Pendekatan Rawatan
A) 3 x Pemulihan
B) Pemulihan Ar-Raudhah
C) Pemulihan

Percuma
6 x Air Mineral Ruqyah Syar'iyah (9 ltr)
2 x Garam Ruqyah Syar'iyah (1.6 kg)
2 x Botol Spray Air
Caj Pengangkutan

Perhatian:
  • Segala maklumat Pesakit dianggap SULIT dan RAHSIA, kecuali kepada Perawat sahaja. 
  • Tempahan Rawatan Rumah & Premis Perniagaan ini dibuka kepada Penempah di sekitar Kuala Lumpur, Ampang, Petaling Jaya, Shah Alam, Kuang, Sungai Buloh dan Bandar Sri Damansara sahaja.
Rawatan Rumah: Sarang Jin di Kondo Mewah
Kaedah Memulih Rumah
Tempah Sekarang

Anda perlukan nasihat lanjut? Hubungi Kami atau buat Pertanyaan Rawatan