RAWATAN SOLAT HAJAT

Ar-Raudhah / Al-Bariq
Bacaan Doa-doa Mustajab
"Wahai sekalian ORANG-ORANG YANG BERIMAN! Mintalah PERTOLONGAN dengan BERSABAR dan dengan (mengerjakan) SOLAT; kerana sesungguhnya ALLAH MENYERTAI (menolong) ORANG-ORANG YANG SABAR."
(Al-Baqoroh: 153)

Sesungguhnya tidak ada batasan atau lingkungan had bagi kuasa Allah Yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkan sebarang penyakit atau menyelesaikan sebarang masalah. Solat Hajat dan Doa dari orang yang beriman dan beramal soleh serta berterusan pastinya akan memberi sinar kepada kegelapan yang anda alami. Rawatan Solat Hajat (atau juga dikenali sebagai Rawatan Jarak Jauh) yang kami praktikkan adalah dengan menggabungkan beberapa ibadah seperti Solat Hajat, Ruqyah Syar'iyah, Zikirullah dan Doa-doa Mustajab. Solat Hajat, Doa-doa Mustajab dan Jamuan Makan juga boleh ditempah untuk dilaksanakan di Masjid. Segalanya adalah bertujuan untuk memohon pertolongan dan keredhoan Allah SWT agar apa jua Penyakit atau Masalah akan segera mencapai kesembuhan. In shaa Allah.

Adapun segala ibadah tidaklah boleh dijual-beli. Adalah terbaik dan lebih afdhol sekiranya Pesakit atau waris Pesakit sendiri yang dapat melakukan Solat Hajat, berzikir dan berdoa dengan penuh keimanan, ketaqwaan dan secara istiqhomah (berterusan).

Namun, sebagai hamba Allah yang sentiasa serba kekurangan dari segala sudut, kadangkala kita perlu mendapatkan bantuan dari orang lain yang lebih berkeupayaan, mahir dan mengetahui selok belok tentang sesuatu perkara itu. Terdapat beberapa ibadah lain seperti Ibadah Korban, Aqiqah serta Umrah dan Haji (untuk orang yang sedang uzur atau telah kembali ke rohmatullah) yang boleh kita wakilkan kepada orang yang lebih arif daripada kita. Kita juga mungkin menjemput Imam dan jemaah Masjid atau Surau untuk mengadakan Solat Hajat, Tahlil, Doa Selamat atau Doa Arwah di rumah kita. Perbelanjaan dan segala kos harus kita tanggung dan menyerahkannya kepada pihak berkenaan bagi melaksanakan ibadah-badah tersebut. Mengapa tidak kita melakukannya sendiri?

"Katakanlah: Sekali-kali TIDAK AKAN MENIMPA kami melainkan apa yang telah DITETAPKAN OLEH ALLAH bagi kami. DIALAH PELINDUNG KAMI, dan HANYALAH KEPADA ALLAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN HARUS BERTAWAKAL." (At-Tauba: 51)

Apa yang penting, janganlah kita sesekali terlibat dengan perkara-perkara yang mungkar lagi keji seperti mendapatkan bantuan secara berdepan atau jarak jauh dari bomoh, dukun, pawang atau individu yang menyamar menjadi Perawat Islam atau yang tersesat tanpa disedari; yang menggunakan khidmat jin (yang memang boleh melakukan perkara-perkara yang pelik, ajaib dan mustahil pada pandangan manusia).

Pendekatan Rawatan

A) Premium I / Lima (5) x Ar-Raudhah
B) Premium II / Tiga (3) x Ar-Raudhah
C) Ar-Raudhah
D) Al-Imdad
Perhatian: Segala maklumat Pesakit dianggap SULIT dan RAHSIA, kecuali kepada Perawat sahaja.