Mengenai Kami



Visi

Menjadi sebuah organisasi yang terunggul di dalam bidang Rawatan dan Terapi Al-Quran di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Misi
  • Membangunkan rangkaian Produk dan Perkhidmatan yang berprestij sejajar dengan kesucian, kedaulatan dan keagungan Islam .
  • Mewujudkan peluang dan ikhtiar mencari kesembuhan yang bersumberkan Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qias yang sohih.
  • Menyebarkan dakwah Islamiah melalui amalan rawatan yang berlandaskan Syariat Islam dan Hukum Syarak.

Latarbelakang 

PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ telah ditubuhkan sejak 1hb Februari 2011 dan menyediakan perkhidmatan Rawatan dan Terapi Al-Quran bagi merawat berbagai jenis Penyakit dan Masalah.

Sehingga hari ini, PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ telah berjaya memberikan perkhidmatan kepada lebih 5000 orang Pesakit; yang datangnya dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis,  Australia, Oman, Qatar, Bahrain dan banyak lagi. Alhamdulillah.

Tidak ada yang pelik, aneh atau mistiknya di dalam mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran serta Sunnah Nabi SAW sebagai ikhtiar mencari kesembuhan. Sesiapa sahaja boleh melakukannya. Namun, untuk mencapai kemujaraban; yang penting adalah sejauh manakah hubungan seseorang Pesakit dan Perawat itu dengan Tuhan Maha Pencipta, Allah SWT. Sudah pastinya perlu ada Iman, Taqwa dan Istiqhomah; serta penyerahan diri bulat-bulat sepenuhnya kepada Allah Tuhan Sekelian Alam. In shaa Allah.

Tidak dapat dinafikan bahawa Perubatan Allopati (Perubatan Moden) merupakan suatu pilihan utama masyarakat sebagai ikhtiar penyembuhan penyakit. Perubatan Allopati banyak bergantung kepada ubat-ubatan berasaskan dadah dan bahan kimia, teknologi pengesanan dan pembedahan yang serba canggih. Namun demikian, terdapat banyak jenis penyakit dan masalah yang masih belum dapat disembuhkan oleh Perubatan Allopati.

Rawatan dan Terapi Al-Quran yang diusahakan oleh kami bukanlah bermaksud untuk mengambil alih tugas para Doktor di luar sana. Kehadiran kami adalah sebagai PENYAMBUNG IKHTIAR agar anda tidak berputus asa di dalam mencari kesembuhan.

“Patutkah manusia MENYANGKA BAHAWA MEREKA AKAN DIBIARKAN DENGAN HANYA BERKATA: "KAMI BERIMAN", SEDANG MEREKA TIDAK DIUJI (DENGAN SESUATU CUBAAN)? Dan demi sesungguhnya! KAMI TELAH MENGUJI ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA MEREKA, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang DIKETAHUI ALLAH TENTANG ORANG-ORANG YANG SEBENAR-BENARNYA BERIMAN, DAN NYATA PULA APA YANG DIKETAHUI-NYA TENTANG ORANG-ORANG YANG BERDUSTA.” 
(Al-Ankabut: 1-3)

Keberkesanan Rawatan

Semua Penyakit itu datangnya dari Allah SWT dan hanya Allah SWT sahaja yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkannya. Majoriti dari para Pesakit kami telah berjaya mencapai kesembuhan; dengan izin, kehendak dan kuasa Allah SWT jua; atau sekurang-kurangnya ditingkatkan tahap kesihatan mereka; dengan syarat Pesakit (dan juga Perawat) berpegang kepada prinsip Iman, Taqwa dan Istiqhomah (berterusan) dalam berusaha mencari kesembuhan. In shaa Allah.

Daripada Jabir bin Abdullah, dari Nabi SAW telah bersabda (yang bermaksud):
"Tiap-tiap PENYAKIT itu (ADA) UBATNYA. Apabila MENEPATI UBAT TERHADAP PENYAKIT tersebut, maka SEMBUHLAH DENGAN IZIN ALLAH." 
(HR Muslim dan Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud): 
"ALLAH menurunkan PENYAKIT dan menurunkan pula UBATNYA, DIKETAHUI OLEH YANG MENGETAHUI DAN TIDAK AKAN DIKETAHUI OLEH ORANG YANG TIDAK MENGERTI." 
(HR Al-Bukhori dan Muslim)

Kadar Sumbangan

Kadar Sumbangan yang kami tetapkan untuk setiap Perkhidmatan Rawatan adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan pengalaman, ilmu, kepakaran, tenaga, masa, kualiti perkhidmatan dan risiko (jangkitan penyakit dan gangguan jin dan syaiton) ke atas Perawat; serta kemudahan dan peralatan kami sediakan untuk para Pesakit. 

Bagi memohon keberkatan dan keredhoan dari Allah SWT ke atas diri anda (Pesakit) dan PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™; sebaik-baiknya, segala bayaran haruslah diniatkan sebagai Tabarru' (Sumbangan Ikhlas) untuk membantu PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ terus berjihad di jalan Allah (beroperasi) setiap hari bagi membantu dan merawat Pesakit-pesakit lain di dalam menentang kejahatan dan kezaliman angkara manusia durjana, jin, syaiton dan iblis laknatullah; serta berdakwah dan menyebarkan Syiar Islam melalui Rawatan dan Terapi Al-Quran yang menjadi tunjang kekuatan dan amalan kami setiap masa.